

عن عائشة رضى الله عنها قالت : دخل علي رسول صلى الله عليه وسلم وعندي جاريتان تغنيان بغناء بعاث فاضطجع على الفراش وحول وجهه , ودخل أبو بكر رضي الله عنه فانتهزني وقال : مزمارة الشيطان عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : <<دعهما>> , فلما غفل غمزتهما فخرجتا.
Dari Aisyah RA, dia berkata , “Rasullulah S.A.W masuk ke rumahku, dan ketika itu aku bersama dua budak perempuan yang sedang menyanyikan lagu peperangan BU’ats. Beliau langsung berbaring diatas tempat tidur sambil memalingkan wajahnya. Ketika Abu Bakar masuk ke rumahku dan berkata, ‘Dalam pandangan Rasulullah SAW, itulah seruling syaitan’. Mendengar itu, maka rasullulah SAW menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya, ‘Biarkanlah mereka’ . ketika Rasullulah SAW lengah , aku memberi isyarat mata kepada kedua budak perempuan itu hingga mereka keluar.”
Keterngan hadith:
دخل علي رسول صلى الله عليه وسلم (Rasullulah SAW masuk ke rumahku) .
Dalam riwayat az-zuhri dari urwah dengan lafazh في ايام منى (Pada hai-hari mina) , sebagaimana akan dijelaskan dlm bab ke23 setelah bab ini. (:
جاريتان (dua budak perempuan ). Dalam bab selanjutnya ditambah dengan lafazh من جوارى الانصار
)budak-budak perempuan dikalangan anshar). Dalam riwayat Ath-Thabrani dari ummu salamah disebutkan bahawa salah seorang dari keduanya itu adalah budak Hassan bin Tsabit. Sedangkan dalam kitab Al-Arba’in Karya Assulami disebutkan bahawa kedua budak itu milik Abdullah bin salam.
Dalam pembahasan tentang dua hari raya versi Ibnu Abi Dunya dari julur , dari hisyam bin urwah dengan sanad yang sahih disebutkan , وحمامة وصاحباتها تغنيان ( Hamamah dan temannya bernaynyi).
Saya tidak mendapatkan nama yang satunya, tapi kemungkinan namanya adalah Zainab sebagaimana yang disebutkan dlaam pembahasan nikah.
تغنيان (Keduanya menyanyi ). Pada riwayat Az-Zuhri ditambah denagna lafaz تدففان (Menabuh rebana ). Dalam riwayat Hisyam yang dikeluarkan Muslim disebutkan dengan lafazبدف تغنيان (menyanyi dengan menabuh rebana ). Dalam riwayat nasa’i disebutkan dengan lafaz بدفين (dengan dua rebana).
Dalam bab sesudahnya disebutkan, بما تقاولت به الانصار يوم بعاث ( dengan apa yang sering diucapkanoleh orang-orang ansar waktu perang bu’ats). Yaitu, Ucapan mereka yang penuh dengan kekesatrian dan keberanian. Imam Bukhari dalam bembahasan tentang hijrah menyebitkannya dengan lafaz بما تعازفت (dengan yang dinyanyikan ). Dalam riwayat lain disebutkan dengan lafaz تقاذفت (ucapan sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain). Dalam riwayat Ahmad bin Hammad bin salamah , dari hisyam , disebutkan bahawa perang bu’ats adalah peperangan yang menyebabkan terbunuhnya kesattria-kesatria kaum Aus dan Khazraj.
Al Bakri mengatakan , bahawa Bu’ats adalah nama tempat yang terletak sejauh dua malam perjalanan dari kota Madinah. Abu Musa dan pengarang kitab An-Nihayah mengatakan bahawa bu’ats adalah nama benteng kabilah Aus. Abu Faraj Al Ashfahami mengisahkan , bahawa Abu Qais bin Aslat mengatakan bahawa Bu’ats adalah nama tempat di kabilah Bani Quraizhah dimana didalamnya terdapat harta mereka . al Khaththabi mengatakan bahawa perang bu’ats adalah perang yang sangta terkenal dikalangan masyarakat Arab , yaitu peperangan yang sangat dasyat antara kaum Aus dan Khazraj . Peperangan itu berlangsung selama 120 tahun , sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Ishaq dan Al Waqidi . Saya (Ibnu hajar ) katakana bahawa pendapat ini banyak diikuti oleh para pensyarah kitab Shahihaini (sahih Bukhari & Sahih muslim) . Akan tetapi masih terdapat pendapat lain yang berbeda dengan pendapat lain. Hal itu kerana dalam pendapat ini disebutkan bahawa peperangan itu berlangsung selama 120 tahun , sementara dalam hadith Aisyah yang akan dijelaskan dalam bab “hijrah” disebutkan “ Hari Bu’ats adalah hari yang dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulnya . Pada hari itu ia tiba di madinah dimana penduduk madinah ketika itu
dalam keadaan terpecah belah dan saling membunuh.”
Ibnu Sa’ad meriwayatkan bahawa 6/8 orangyang menemui Rasullulah SAW di mina adlah orang-orang Anshar perama menemui beliau. Mereka dating untuk membuat perjanjian dengan Rasullulah SAW dan orang-orang Quraisy. Salah satu point perjanjian yang mereka katakana kepada. Rasullah SAW, ketika beliau mengajak mereka untuk memeluk agama Islam adalah , “Ketahuilah sesungguhnya peristiwa Bu’ats terjadi pada tahun pertama , maka janji kami kepadamu pada tahun yang akan datang.” Pada tahun selanjutnya mereka datang menemui Rasullulah SAW dan membaiat mereka , itulah yang kemudian disebut dengan baiat pertama . pada baiat kedua , mereka datang dengan 70 orang , kemudian Rasullualh SAW un berhijarah ke madinah pada awal tahun berikutnya.
Afwan.